CLASSMATES IN MATRIC (PART II)
10:48
sambungan part I from previous updated. hihi
hai hai haiiiii uolls. :D
so, hari ni aku nak sambung balik cite pasal classmates aku. dah berminggu minggu tergendala disebabkan aku ni busy memanjang. HAHA
okayy, jadi kita nak mula dengan sape dulu yaaa ? halah sapa2 je la ye asalkan semua masuk and hadooo. hehe. aku nak cerita pasal emmm kawan kelas aku yang paling rajin kot buat homework and paling awal siapkan. pastuh terus gi admin gi cek jawapan. aku ni kiranya macam paling malas ulang alik admin semata mata nak cek jawapan. itu ambil masa yang lama okay.
aku ni dah ler cepat pening bila cek jawapan byk2 n panjang berjelaa2 tuu. ish. baik aku tanya cikgu pasal pape je topik yang aku tak paham kalau gi admin. makanya, kawan aku ni lah yang selalu jadi tempat aku cek jawapan aku betul ke idokk. opss sambil2 kopi pasta soklan yang aku tak buat. hiksss.
kekadang dia selalu dok perati aku pakai shawl cemana, pakai baju baru ke tak. mana taknya, sem 1 kemahen aku serabai n pakai tudung bawal je okayy! sem2 ni, mcm ada keberanian haha. tu yang pakai shawl lilit2. n dia ni selalu tanya ,''dilaaa kau pakai shawl cemana ni wehh...'' tula nilaa.. mcm2 dia tanyaa. haha *padahal pakai cam biasa jee hehe. pastuhh aku ni suka pakai baju tiap hari lelain. n dia mesti tanyaa,''dilaa... pakai baju baru ehhhh...lawa la. kau beli katmana? haha" padahal baju baju tu semua recycle tahun dolu dolu punya. maklumlah time raya je nak pakai baju kurung tu smua. bila masuk matrik, hamekkk nak gi kelas, outing kena pakai baju kurung cam dak2 asramaa. hehe
ni lah diaa...... SYAFIQAH ANUAR !
haih.. rinduu pulak kat diaa ni. nanti dah takde sape nak tegur
aku pakai baju apaa semuaa tuu.
lagiiii? okayyy... nak cerita pasal kawan aku lagi sorang ni. dia ni orang ganu . masa mula2 aku tegur dia, amboi pekat nyaaa ganu dia ni. hehe. dia ni ala ala ayu2 sopan gituu. disebalik kesopanan dan keayuan dia tu, aku tahu dia sembunyikan kesedihan dalam hati dia. dia pernah tanya aku,'' dila pernah tak rasa down or give up duduk kat matrik ni?" ....." kalau dila rasa down, dila buat apa? pernah tak nanges kee..?......*dan aku macamm hemm gila tak nanges duduk kat sana. byk kot yg aku lalui. tapi aku pendam . takde sape pun tahu. ehh yeke tade sape tahu ? *uhuks uhuks.
n aku pun tanya dia balik, "kenapa tanya macam tu? suee, ada rasa give up ke?" .... n dia diamm dan senyum sahaja. dia tak jawab pun. and aku dapat rasa dia mesti sedih or ada masalah. tapi dia pendam sensorang. macam aku. haha. alah sue, walauapapun yg berlaku, kita kena move on rite? takpa, sedih tu sekejap jee. nnti kita akan rasa gembira tu bila kita dah bersusah payah lalui semua ni.
kekadang aku ni mcm emo lagi2 time lab . kekadang je ok! haha. n dia tetap cool walaupun aku boleh nampak reaksi dia macam takut2 gitu bila aku termarah manja2 gitu. kahkah, sory sueee! sukaa kacau dia ni, sebabnya dia tak pernah nak marah aku balik kee bila aku emo. ni yang buat aku tambah sayangggg kat dia ni. sayang SUHAILAA!
ni laa suee.. yang tetengah tuu. comey an diaa :P hehe
ingat sue, kita kena yakin pada diri. ! percaya pada diri kita okayyyyy! :)
okeyyyyyyyy..... memperkenalkan kawan aku yang omey lagi sorang ni! dia ni macam diam diam ubi berisi gituuu.. kedah mari okey. haha. aku suka bila dia cakap kedah. n aku suka bila orang kedah cakap dialek dorang tuu.. *dapat encik somi kedah pun best gak! kahkah gatai kan kau ni dilaa. hahaXD.
dia ni macam unpredictable gituuu. kat dalam kelas sonyap jee. bila time quiz or exam pehhh gempak sehh. selalu dapat markah full ,time quiz. time exam, pointer mesti daebakkk! huh. pernah gak aaa saja duduk sebelah dia time kuliah. cemana dia concentrate time kuliah kan, kalau aku, mengantuk je memanjang haha.
then bila aku kat sebelah dia ,aku tgk dia bebetul bagi perhatian n bila dia rasa mcm tak paham dia akan tanya org sebelah dia. memandangkan aku yang secara kebetulan nyaa duduk sebelah dia, dia pun tanya aku apa yang dia tak paham tuu.. aku pun be likee.... emmm okay mcm ni...*eceh dan dan paham apa yg lecture ajar masa tu n terangkan kat dia. haha nasib baiklah aku tak ngantuk time tu. kalau tak malu aarr aku tak dpt jawap apa yg dia tanya. HAHA!
yeayyyy ni la diaa ZALIKHA! yang pakai spek depan
sekali tuu. hehe
lagi? hehe. okay yang ni adalah kawan baik kepada Zalikha tu. kemana asek berdua dan asek berkepit jee. haha dia ni pun diam diam ubi berisi jugak. dorang ni memang senyap2 tapi daebak hokayy. senyap2 dorang tu, dorang prepare senjata time exam!cis mana boleh kan. dah lama aku dok perati. aku pun diam2 kumpul senjata kasi tajam2 sikit sem 2 ni. ecewah gituu kau jemah. hahahaha!
dia ni terel chemistry. almaklumlah dia ni anak kesayangan lecturer chemistry sem1 kitorang Pn. salwana. hahaha. mana taknyaa.. hehari mesti gi admin gi bahagian chemistry jumpa cikgu salwana. hehe. :P tapi betul la apa org kata, kalau kita selalu buat baik kat cikgu mesti kita dapat balasan nya kan. dan dia dah buktikan. haha dia memang pandai chemistry ni n selalu dpt A okay . hehe
bila dia marah ke kan, comel jee okay walaupun kekadang agak scary dgn matanya yang tajam dan bolat tuuu. haha.teringat pulak time aku panggil dia ke kan. dia mesti pandang slow motion gitu sambil buat reaksi mata diaa tu. hahaha aku salu dok perasan apa yang dia buat haha! comel jee
yang buat peace yang tak pakai spek tu laahhhhh FARAHIN namayaa.. hehe :P
next......? hehe. dia ni kalau nak ambil gambo ke kan mesti muka dia paling wajib duduk kat depan. hahaha. ketinggian dia yang lebih kurang aku rendah2 cecomelss gituu yang membuatkan senang nak mencelah duduk paling depan.kahkah. tambah2 pulak dia ni photogenic gitu kannn..hehehe
apa yang aku perasan pada dia ni kan. kitorang ni macam selalu nak sama jee. haha kelako jee. kalau ada exam ke kan result kitorang mesti hampir sama. dah ler selalu duduk dekat2 time exam, nama pun atas bawah je kut.. hahaha! dia ni pun tak kurang hebat jugak. dia ni rajin tau buat homework semuaaa tuu.. *alah kawan2 aku semuaa rerajin kannnss. hehe. ingat lagi bila memasing nak tahu result tapi memalu nak bagitahu. memasing tanak tunjuk. malu la apa la kan. pastuh dedua cakap,"okay kita tunjuk sesamaa okayy haha..."dannnn bila dedua tunjuk result memasing... taraa.. tetibaa *result kitorang samaaa! pastuh gelak deduaaa. hahahah!
dulu aku tak suka gi admin. eh bukan tak suka tapi tak sempat dgn trainingnyaa. tapi masa sem 2 ni aku bosan dan nak elakkan dari tidur, aku pun ikut si dia ni gi admin hehe. ye lahh dia ni rajin kut duduk lelepak kat admin tanya cikgu apa yang dia tak paham. aku pun ambil peluang ikut dia jadi aku ada ah kawan nak gi admin hehe. lagi satu kan, dia ni tegas ar jugak n kalau nak sesuatu tu dia akan buat sungguh sungguh.* haha hebat kan aku boleh tahu semua tuu! well, ini dila okayyhh kahkah :P
ni lah RASYIDAH! HEHEHE :p
hehe. siapa lagi yang belum kenaaa? okayyy. dia ni macam hakak hakak datin datin kat dalam kelas kitorang tu. n paling best, dia ni macam rosmah. entah apa yang menyebabkan dia dipanggil rosmah pun tak tahu la.. mungkin cara dia kut yang macam ala ala diva. hahaha opss tapi diva yang baik hati.
kekadang dia ni happy go lucky n kekadang dia ni moody. well, ni betul kalau dia moody kan aku pasti semua org dpt detect apa sebabnya dan akan tahu dari segi cara pemakaian dia. kahkah. lagi satuuu dari air muka dia. nampak cam sembab gituu. mesti lepas menangis kann. hehehe*sory linda! :P selama ni aku dok peratiii jeee dia ni. kalau marah ke kan mesti fon dia jadi mangsa.
dia akan campak fon dia and waktuu tuu satu kelas akan terdiam!. wah gitu. semua berdiam diri and tak berani bersuara. hahaha haih miss that moment okayyy! dia ni a.k.a kami punya cikgu kompang. haha kesian dia ajor kitorang yg tak reti main kompang ni sampai bengkak2 tangan dia pukul. yela kitorang dari zero kot main kompang sampai kitorang reti main kompang in only 2 months cemtuu. hebat tak? hahaha!thanksss a lot lindaaa! i miss uuu laaa :')
baju hijau tu la LINDA ! hehe
anddd the last gegirl dalam kelas aku adalahh SYAIRAH! hehe. dia ni penolong kelas kami. paling terel english kutt. n memang impian dia nak jadi cikgu bi. hehehe. walaupun kekadang dia ni nampak cam brutal kan, aku tahu dia baik hati. :) serius, masa awal2 masuk kelas ni, aku agak scary nak tegur dia ni. tapi lama2 dia okayyy pe. hehe
aku tabik ah kat dia, sebab dia ni kalau kemana mana dia ni boley hidup okey. kalau org lain dok sibuk berteman kemana mana kan. tapi dia ni, lagi selesa sorang2 kalau nak gi mana mana. walaupun pada mulanya dia nampak macam heartless gitu, tapi makin lama aku kenal dia, dia ni actually jaga hati kawan2 dia. walaupun org lain tak nmpak. tapi, ada ah satu hari tuu, aku beborak ngan dia, tapi aku tak pasti borak pasal apa. apa yang aku ingat ,dia pernah cakap,'' korang okay ke, yelahh aku takut korang tak suka jee. tapi takpa lah kalau korang tanak. aku okay jee.." emm lebih kurang cemtu la ayat diaa..
hehe. aku macam... emmm baik jugak dia ni. hahaha! tapi betul la. makin lama aku kenal dia, dia da mula tunjuk perubahan dripada yang agak scary kepada yang happy2 cemtu walaupun kekadang masam :P hehehe. selalu panggil aku coach sbb aku selau pegang fail haha. dan selalu tarik tudung belakang aku kacau2 aku pastuh seronok kena marah ngan aku. hahaha!
gambo curik2 sebab dia ni susah nak bergamboooo. hahaha:P
last but not leasttt, i ada nak share sikek pasal classmatess males i ni. haha. semua nyaa ada 6 org. aku tahu aku ni macam garang2 gitu sampai dorang takut ngan aku. hahaha eh korang takut ke kena marah ngan aku? :P hahaha alah lek la aku tak marah pun kat korang kalau korang tak buat tugasan bila dlm satu kumpulan . cuma geram jeee ! kahkah.
tapi takpaa bila present korang daebak kan, hehe. *ayat sejuk hati kahkah. tapi betul laa. dorang ni malas kut nak buat benda remeh temeh cemni . tapi bila exam gempak gempaks. ciss. yee. aku mengaku dak2 laki kelas semuaanya baik2. cuma sejahad jahad dorang ni dorang suka ponteng kelas. aku tak tahu la korang buat apa kat dlm bilik tu kan. tapi bila exam pehhh resulttt kalah aku. tak paham ah aku. korang setadi eh kat dalam bilik? apak ahhh. hahaha.
well, nak describe satu satu emmm memang tak habis satu entri ni. jadi, kita combine jeee hokayyy. ni lah dorangggggg. hehe
faizal, taufik, harith, afzal, naqiudin
and the last one is kubiran bersama dayang dayang nyaaa. ahaksss :P
okayyyy... sekian dari diri ini yang kerdil . semoga kita berjumpaa lagi di lain masa okayyy :)
emm. i miss u guysss. semoga kejayaan milik kita :D aamiin
selamat tinggal korang .
0 comments