GARANG VS TEGAS

00:31


Perempuan garang.

dulu aku pernah jadi perempuan garang. tapi tah kenapa aku rasa macam eee pesal semua nak takut kat aku ni. masalahnya yang laki pun takut kat aku dah kenapa. dulu aku garang weh sebab aku pengawas.

tiap tiap hari tunggu kat parking basikal . kadang kadang kat pintu pagar. siap ahhh siapa yang lambat datang aku tulis nama derang. tak kisah lah kau kawan baik aku ke kawan rapat aku ke, kawan kelas ke, kita kamcing ke. ada kimia antara kita ke.. tak kisah dah semua tu. yang penting tanggungjawab tetap tanggungjawab kot. bahaha. jahad gila aku.

lepas tu. aku pun kadang kadang tak paham jugak. ustaz ke ustaah ke yang masuk kelas aku mesti suruh aku tulis nama siapa yang bising kat kelas. yang tak boleh blah tulis nama kat papan hitam guna kapur. pastuh berdiri kat depan buat muka garang kunun. padahal nak tergelak. aku tengok kawan2 yang lain . kebanyakannya semua diam. bagus derang ni. cuma ada lah satu dua tiga hamba Allah ni nakal ya ampun. kelako je. aku dok bising2 suruh derang senyap.

yang paling aku ingat. nama dia zul ngan mamat. eee paling annoying zul, dia suka sakat aku. benda yang aku tak suka tu la yang dia buat. pastuh bila aku marah, dia gelak gelak. eee rasa nak tampo je tahu. hahaha. pastuh mamat. dia pernah cakap dia suka aku. hahaha. weh plis la, aku mana layan kot muka2 selenge lagi2 dak nakal. paling tak menahan, asal aku bertugas je, mesti dia usha aku. pastuh senyum2. sengih2 sensorang. scary gila kau ni.  eeeeeeeeeeeee lagilah rasa nak tampo. -____-

tapi tu dulu la. masa sekolah rendah. orang cakap aku garang. so, aku pun taknak ah jadi garang. sebab aku bukannya garang pun sebenarnya, garang time bertugas jee. lalalala

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perempuan Tegas.

Naik sekolah menengah ngan matrik, aku mana ada garang dah. tapi tah kenapa ada jugak orang yang cakap aku garang. mungkin sebab aku malas nak layan sangat dorang kut. lagi2 kalau orang yang tak kenal aku, derang mungkin akan cakap aku garang barangkali.

naik je kat universiti ni. serius aku cakap, aku tak garang. aku jadi diri aku. ada lah beberapa jawatan yang aku pegang kat kolej ni. pada aku, itu hanyalah sekadar jawatan. aku dan orang bawah aku, kita semua sama je. aku cuba jadi happy go lucky person. sebab malas nak garang2. nak tegas2. nanti dorang fikir aku sombong ke apa ke kan.

so, aku pun layan dorang macam kawan2 aku. tapi bila tiap kali aku bagi arahan ke apa ke, dorang cam main2 lak. eeee geram jugak kadang2. nak tak nak. aku kembali jadi tegas balik bila ada meeting ke apa ke. stress jugak kadang2.. bila kita tak serius, dorang main2. bila kita tegas dorang nampak cam takut2 ngan kita lak. aku pulak  yang tak selesa jadinya.

eee.. aku pun manusia biasa. baru aku tahu susah juga nak bagi arahan dan nak patuh arahan. baru aku faham yang tegas tu ada hadnya dan bertempat. sedangkan aku tak suka sebenarnya jadi seorang yang serius sangat. haha. aku lebih selesa kalau bila kat luar kita boleh hai hai gelak2 atau erti kata lain, boleh jadi kawan. tak kisah lah umur atas aku, bawah aku ke. tapi, bila buat kerja, we work as a team. boleh respect each other, bantu sesama lain, atau apa2 je yang boleh bantu ahli dan takde yang cakap belakang ataupun gaduh2 ke. eee tak best la kan? huhu.

ok lah. penat bebel. nanti sambung lagi yekk.. adioss

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images