apa apa saja^^

01:33

Assalamualaikum warga bumi sekalian. :)

hari ini memang terasa gatal lagi nak menulis. since, aku takda kerja nak dibuat aku rasa macam nak luah semuanya kat sini. nak habiskan masa aku kat sini. entahlah. rasanya sampai aku rasa puas kot. sampai aku rasa semua yang aku nak luahkan kat sini tercapai.

tapi di dunia ni. kadang kita perlukan privasi. kadang kita tahu yang kita mahukan privasi, tapi hakikatnya  kita juga perlukan perkongsian agar ada juga orang yang sudi mendengar apa yang kita bukukan. ya. maaf. aku cakap tentang aku. maaf sekali lagi jika setiap entry aku sentiasa panjang2 lebar. itulah aku kalau kawan2 mahu tahu.

aku memang suka taip pepanjang lebar ni ha. luar sahaja tampak pendiam. tapi hakikatnya didalam seribu satu mcam cerita yang ada. seribu satu memori yang tersimpan. mungkin orang yang rapat saja yang mengerti dan memahami. entahla--

luar sahaja nampak persis ayu bagai. tapi hakikatnya dalam hati aku tahu aku kuat. aku tahu aku cekal. sedang berusaha menjadi muslimah yang solehah. tidak memandang pada luaran tapi pada hati. itu yang aku harapkan.

ya. terima kasih juga sebab sudi baca blog yang tak berapa nak indah ini. blog yang sangat jiwang bagi aku. blog yang sensetip. blog yang penuh ceritera dan yang pernah aku alami dalam hidup ini. mungkin tak semuanya aku kongsikan. tapi sebahagian itu sudah memadai untuk berkongsi yang aku masih tetap di sini. tetap dengan dunia realiti yang aku lalui. biar pahit, biar masin bagai aku tetap akan hadapi.

tak sangka pulak yang ada yang baca. malu kita. haisss. ingat ya, cerita sini habis sini, yang lain belakang cerita. dalam banyak2 "readers" ni harap kau salah satunya. emm. maaf. ini mungkin cara aku untuk aku luah. :)

okaylah. sebenarnya tadi tangan pijar. gigih cari kat google cemana nak kurangkan pijar ni. tadaaaa!! ini tips yang aku dapat, rendam jari jemari yang pijar tadi dalam air garam. insyaAllah kurang sikit. tu yang boleh taip bagai sekarang nih. hihi

sekian daripada, QA :)




You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images