Pahala vs Dosa

05:53

hai, Assalamualaikum. Salam Jumaat  :)

emmm.. haha. aku ada lah nak cerita sikit ni,. baru je KEJADIAN ni menimpa aku tadi. eh nak gempak je kan bunyinyaa. kahkah okay aku tak tahu lah aku dapat dosa atau dapat pahala ni. seriouslayy, aku shock gila tadi. baru je nak rajin sikit kat dapur tetiba tadi.. haih terkejut titeww ni! eeeewww geli lak guna titeww ni. *okay plis lempang dila laju2*

cerita nyaa berbunyi cemni, usai sahaja aku menggoreng karipap di dapur, ... (haha ayat novel pulak aku ni) aku pun pergi lah bukak almari yang bersebelahan dengan tempat aku menggoreng tu. saja bukak sebab nak ambil uncang "teko teh lipton" eh camtu kan ejaan nya. kalau tak silap lah. aku bukak pon sebab nak buat air untuk abah. sebab kejap lagi abah nak balik dari kerja kan. sebelum mak suruh buat air baik aku buat dulu. sebab aku ni jenis biar aku buat dulu dengan keinginan aku. kalau dah disuruh nanti mulalah liat kemain. Astaghfirullah*

eh apa  kau melalot ni?? kay sambung balik cerita kita tadi. okay, bila bukak je almari dengan terkejutnya tetiba muncul pulak cicak kat tepi almari tu. ingatkan pebenda la tadi. terkejut gila. ye la tetiba menyelinap keluar kan. *okay tak terkejut pun sebenarnya kan* haha

pastu aku pun sedaya upaya la kan nak halau cicak tu biar dia pi main jauh. saja je la gerak gerak kan almari tuu. dengan harapan cicak tu dah takda lagi. nak pegang macam geli geli je kan. macam lembik je. katak pun tak macam tu. katak dia macam menggerutu plus rasa keras sikit kan. jadi boleh la nak pegang pegang. ni cicak macam geli jeee. eiiiii...

dah gerakkan dah almari tuu. pastu akhirnyaaaa aku berjaya menghalau cicak tadi tuu. yeayyyy!bangga weh bangga. bangga la jugak kan. (apa yang kau nak bangga ni dila oi! halau cicak je pun haihh la manusia..) dengan khusyuknya aku tenung dia dalam dalam . pandang mata ke mata. hati ke hati. eh? :/ merapu pulak. haha

tenung punya tenung cicak tu tetiba gerak kat sebelah tepi tempat nak bukak almari tu pulak. gaya macam nak lompat . tapi hati aku macam dah tak sedap. kalau melompat jugak.. it's mean..... oh tidakkk!!!!! kena halang jugak cicak ni dari melompat! kalau takkkkk............ *okay suspens sikit* baru macam drama antara aku dengan si dia. eh. dengan encik cicak lahhh ! haha

okay dah sambung balik. okay cicak tu macam nak lompat aku nak halang pun cemana kan. and finallyyy... cicak tu ambil keputusan nak terjun gak kan. aku pun tak boleh nak buat apa masa tu. ye la kan benda jadi about one second cemtu. tu yang buat aku risau tu.. ada kuali kat sebelah tu. takut dia lompat masuk je kat dalam kuali tu.then, apa yang aku fikir, really happen wehh. gila ah. yang buat aku risau tu dah la kuali tu ada minyak yang panas kat dalamnyaa. yelah kan baru tadi habis goreng karipap. mesti ah minyak tu panas lagi.

dan masa tu aku jerit ah kan. terkejut punya pasal dan tak sangka lak benda nj jadi depan mata aku. DEPAN MATA AKU. apa boleh buat kan..dengan cicak2 tu kena goreng sekali. nasib baik dah habis goreng karipap tadi. kalau tak, memang tak ah aku nak mkn karipap tuu. geli wooo. aku jerit macam orang kena histeria. habis satu rumah dengan gelabahnya masuk dapur cakap hei asal ni? haha

aku tak mampu nak ckp pape. just cakap, tengok lah kat kualii tuuuu. *sambil jerit sebab geli sangat* kuat gila bunyi minyak tu. meletop2. ish kesian pulak dekat cicak tu. aku takut nak tengok apa yang jadi kat cicak tu. mesti dalam cicak tu meraung kesakitan.  :(  bila dah tak dengar bunyi minyak tu,aku pun berani kan diri nak tgk gak cicak tuu. Astaghfirullah cicak tu dah jadi kerempeng dah. kering. dah boleh dapat pangkat *cicak goreng* dah.

lawak pun ada lah jugak. bila imbas balik apa yang dah jadi kan. dapat bayangkan lagi muka aku time cicak tu nak jatuh. hahahaha! lawak. mak, akak, adik terkejut tdi. ingat apa lah tadi. dorang terkejut la gak. ye lah tak pernah pernah cicak masuk tetiba masuk lak kat daam kuali tu. hihi. saja nak buat surprise kat aku ke apa cicak ni? haha

rasa bersalah sangat tahu. macam berdosa sangat. tapi salah aku ke? emm. saja nak tenangkan hati. tetiba teringat yang hari ni hari jumaat. terus hati kata tak salah kan kalau bunuh cicak hari jumaat kan? sebenarnya saja je  nak redakan hati yang diselubungi rasa bersalah. hikss. tapi tragis nya kematiannya. sadis gila. tak sangka la pada hembusan terakhir dia, itu yang dia alami.

emmm.. tak tahu lah dapat dosa atau pahala. tapi wallahi aku aku tak sengaja. maaf cicak..  sekelip mata jadi. apa boleh buat kan ajal dia dah tiba.

okaylah. panjang lak aku cerita pasal cicak ni. hehe. maaf kalau terkasar bahasa terlajak kata ke kan. kita semua manusia. pasti khilaf tak lepas dari kita. moga kita sentiasa berzikir supaya kita sentiasa ingat Allah waktu kita susah ataupun senang :) mudah mudahan dosa kita diampunkan. Aamiin

sincerely, QA :)









You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images