Zaman sekarang orang dah pandai dah guna 'perkataan' ni. hihi
Bukan nak cakap apalahkan.
Walhal, zaman Rasulullah memang dah wujud dan memang dah guna perkataan ni.
mana taknya, kat instagram, kat twitter, facebook, wechat dan sebagainya.
bila ada gamba kawan kita. kapsyen mesti letak
" moga ukhuwah ini terjalin sampai hujung nyawa"
ye tu memang torbaik bagi aku. hehe tapi yang tak best nya bila adalah pasangan bukan mahram yang tak berapa nak sweet letak pulak kapsyen ,
" moga ukhuwah yang kita bina ini, kekal sehingga ke anak cucu cicit kita"
cetttt. kemahen kau ! ! ! kalau dah kawen takpe lah. masalahnya belum kawen. ni siap pegang tangan dgn erat lagi. kau rasaaa?? ----------------- tetttt (okay kita berbalik pada topik hehe)
Ukhuwah.
Satu definisi yang sangat sinonim dengan kita sebagai seorang muslim. :)
Pada aku, bila kita jumpa teman kita ke kan tu dah kira macam ukhuwah.
sebab apa?
okay bayangkan--- bila kita jumpa kawan lama kita?
(okay tak kisah la schoolmates ke, roomates ke , classmates ke, toiletmates ke dan apa2 mates ke kannn---)
kau ada rasa rindu tak? hehe
tipulah kalau tak rindu kan ! ! !
(ohh ya wait! i hate la bila aku kata rindu, tapi dibalas sebaliknya. tak ke sentap hati kawan tu ?)
---------just think rationally gais. pikirlah perasaan org lain jugak even kau nak memain ke kan :)----- tett
dan ya. dari rindu tu lah akan timbul rasa kasih sayang antara kita dan teman teman kita.
aku tipu?
okay bayangkan----
bila kau salam dan peluk kawan kau setelah sekian lama tak bertemu.
apa kau rasa?
kalau aku mesti--------
zuuuuuppppp terus terimbau saat manis bersama. hikss
zaman kau hingusan lagi, tarik rambut bagai, hempas pintu kelas, tolak meja sekuat hati, bawak geng ajak tunjuk perasaan, wek wek bagai. adesssss banyak lagi kenangan. ciss mata mcm masuk cili pulak ni bila teringat.
tu belum kira yang dah bertahun tahun lamanya tak jumpa.
Allah----
rindu tu macam tak terkata.
bila salam rasa macam taknak regangkan salaman.
bila peluk rasa macam taknak lepas.
bila tatap rasa macam taknak elak.
bila berborak rasa macam taknak berhenti bercerita.
sungguh---
ukhuwah itu sungguh manis.
sedangkan maksudnya pada bahasa adalah sahabat.
sedangkan maksudnya pada istilah adalah kasih sayang.
sedangkan ukhuwah itu Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .
- Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”
- Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat )
okay. cuba kita tarik nafas dalam dalam--------
ukhuwah itu punya pelbagai rasa.
Ada rasa manis.
Ada rasa masam.
Ada rasa masin.
Ada rasa pahit.
Ada rasa pedas.
Ada rasa tawar.
Tapi setiap masa,
ukhuwah itu perlu berpaksikan iman,
berlandaskan Quran,
bertuhankan Ar Rahman.
Dan........
Mukmin yang sejati dan kuat itu,
Sedia menerima setiap teguran.
cc : pakcik google dan budak Mato
akhir kata, jagalah erti ukhuwah yang sebenar.
elakkan menggunakannya ke jalan yang salah.
eratkan ukhuwah.
jalinkan kemesraan.
hilangkan keegoan.
hindarkan perbalahan.
kerana kita terlalu kerdil lagi jahil.
kerana kita adalah hambaNya yang seringkali berbuat dosa.
Moga Allah ampunkan dosa dosa kita.
Aamin...
sekian------