Hati kita sama

02:05

Assalamualaikum :) haii :)))

Walaupun kisah kita berbeda, tapi kita lalui perkara yang sama.  
kita lalui rasa itu. aku tahu kita cuma luah rasa kita hanya dalam sebuah coretan.
 kita susah meluahkan. kita susah untuk berkongsi.
mungkin karna hati kita masih belum bersatu seperti yang lain.
mungkin jua kita masih malu menyatakan yang realiti.
mungkin juga kita masih malu untuk berkongsi tentang semua perkara yang boleh
menyedihkan hati kita. kan?

Setiap kali aku terbaca kisahmu.
hati ini mula sayu. hati ini terasa mahu merintih.
hati ini mula teringat akan sesuatu.
sungguh. aku sayang kamu semua. sungguh.
saat aku baca segala coretanmu, tiba tiba air mata ini gugur.
hati seolah olah sedang berperang dengan air mata ketika jari jemari
sedang leka mencari huruf - huruf  di 'keyboard' ini.

tiap kali hati cuba menahan untuk terus kuat,
namun air mata terus berusaha mencari kemenangan.
akhirnya, hati sudah tidak mampu bertahan, dan air mata terus mengalir deras.
tiapkali ku terbaca kisahmu, tiap kali itu juga aku mula teringat kisahku.
sungguh hatiku pilu. sungguh.

dan saat ini aku mula tersedar. biar segala yang aku lalui
kini biar aku luah dengan air mata ini.
biar. biar air mata yang gugur ini mengalir bersama kenangan.
biar kita luahkan semuanya saat ini jika hati masih malu untuk berkongsi segalanya.
biar suatu masa nanti pabila kita mula tersedar yang kita sudah mula
menyayangi setulus hati kita.

saat kesemua hati kita bersatu, dan kita mula memahami. 
mungkin ketika itulah yang terbaik untuk kita bercerita tentang kisah silam kita.
biar masa ini berlalu.
biar hati ini belajar menerima dan redha dengan segala yang terjadi.
biar kita abadikan kenangan kita dengan hari hari kita.

tak salah. tak salah kita kongsi suatu hari nanti.
mungkin boleh dijadikan satu pengajaran yang bermakna 
dalam hidup kita.
mungkin dengan segala yang kita lalui, kita sedang belajar
menjadi tabah tanpa kita sedar. kan ?

Tidak mengapa. biar hati terluka sekarang.
biar hati lalui semuanya saat ini.
semoga nanti suatu masa hati kita sudah bersedia hadapi hari mendatang.
semoga nanti kita dipertemukan dengan seseorang yang
lebih baik dari sebelum ini.

jangan pernah lupa. jangan pernah lupa untuk berdoa. 
berdoalah disetiap sujud kita.
berdoa selagi hayat kita masih lagi bernyawa,
bersyukur dengan apa yang ada.
bersyukur. ya.

biar dia bahagia sekarang. 
tidak mengapa. kita juga akan merasa bahagia itu kelak.
bersabar.
Tuhan Maha Mendengar. 


dari, QA



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images