'' Failure is success if we learn from it''
13:46
Assalamualaikum kawan kawan ku sayangsssss!
jeng jeng jeng.. hehehe * kelip kelip mata bebanyak kali*
oppsss! apaaa citaaa ni kan update kat beloggg . haha apa ada sesuatu yang berlaku? harhar
seperti yang dah dijanjikan kalau result cam okay, aku update belog tercinta ni lah kann. hewhew
sebenarnya, malu aaa kita nak cite. sebab result awok ni bukan ar tinggi mana pun tapi takda lah rendah sangat. tapi ish tak nak citer dapat bape. rahsia gitu-----
nak cakap happy pun macam tak tahu nak happy ke tak. kalau nak sedih pun, tak tahu nak sedih untuk apa. tapi sedih sikit ar sebab tak dapat straight kan. tapi takpaa-- alhamdulillah sebab target sebenar aku ni tercapai la gak walaupun angan angan target tinggi menggunung terpaksa dilupakan. sebab aku sedar tahap kemampuan aku tahap mana.
paling tak disangka---- addmaths aku dapat B+ kahkah. nak kata mimpi pun tak boleh jugak. sebab benda realiti kan. haha aku punya excited tahap gila tak tahu nak cakap apa kau tahu. kan aku dah cakap, kalau bagi maths insyaAllah aku boleh buat sebab aku memang suka gila maths ni. tapi, kalau bagi addmaths, I surrender awal awal okay.
berkat usaha gigih aku cari gak penyelesaian n kaedah aku sendiri plus buat banyak gila latihan perghh boleh tahan jugak la hasilnya. hahaha. ye ye aku tahu dapat b je pun kan. tapi untuk aku yang tak pernah pernah dapat b, jangankan pula A ni rasa macam waahhhhhh wahhhh wahhhh !
hahaha! gitu kan.. mana tak nya, kena pulak tahun aku ni paper susah ya ampun *bagi aku la kan* kau tahu! kau akan terkejut bila kau jumpa soalan yang kau jarang jumpa dan tetiba lain macam sikit dengan soalan past year. masa tu langsung kau blank. *tapi kejap je* hehe dan masa tu kau akan tahu langit tu tinngi ke rendah. hanya istighfar , berusaha ingt formula dan berserah sahaja yang mampu.
nak nangis masa tu pun dah tak guna sebab ,masa masa aku sepenuhnya aku guna sebaik baiknya. nak tido? jangan kan nak tido, nak letak kepala pun rasa cam tak boleh. sebab apa? sebab hati tak keruan mengenang banyak soalan masih tak lengkap. Allah. saat saat terakhir baru aku lengkapkan. walaupun aku ada tinggalkan 2, 3 soalan sebab aku memang dah tak tahu nak jawab apa. hahaha
paling macam nak nangis bila kau jawab paper addmaths yang payah gila ni, n dah macam separuh mati kau jawab gila gila punya. harhar*aku over maap maap* okay, pastuh tetibe kau dapat tahu soalan yang payah gila ni bocor dan dengan SEWENANG WENANGNYA di copy paste oleh budak budak yang dah tahu soalan yang bocor ni. dan paling kejam bila dorang dah tahu soalan tu bocor, pastuh dorang bagi tahu yang dorang dapat soklan bocor lepas jawab exam tu. ahhh tak ke rasa macam 'what the duck' kan?
****astaghfirullah****
tapi, takpa laa. ada hikmah semuanya. alhamdulillah sekolah aku bebas dari pencemaran najis 'kebocoran' bagai ni. jadi, kat situ kau boleh nampak sejauh mana kemampuan kau! tak gitu kan? dan alhamdulillah aku bangga dengan keputusan aku. ye la. kalau bukan kita nak bangga siapa lagi kan? hehe. bangga la jugak sebab result aku bebas dari gred C, D ,E dan GAGAL. kekeke^^ kira macam kali ni kita main A dan B.
apa yang best gila gila, bila kau tunggu saat saat nama kau dipanggil dan naik atas pentas. ko tahu!.. aku punya debar gementar terus hilang masa tu. nak nangis pun dah tak jadi nak nangis. sebab happy nama disebut jugak akhirnyaaaa.. walaupun result tak straight A --- aku bersyukur sangat. sangat! Alhamdulillah.
dan.. paling aku gembira ya ampun bila kegagalan dapat A masa sejarah time PMR lu tebus juaaa . aku tak suka main bulat bulat ni. pelik kan? haha. entah.. benda yang payah yang banyak membaca dan menulis pepanjang lebar gak aku suka. sebab apa? sebab bagi aku bulat bulat ni makin konpius kan aku lagi ada lah. *padahal SPM pun ada gak bolat bolat* plis tampo aku.kahkah. ahh yang penting ada subjektif. itu yang membantu kau tahu.
kau bebel la panjang mana pun asal poin yang dia nak, kau kasi cukup cukup punya. lebih lebih pun takpa. asal kau rasa puas hati ngan jawapan kau tu n konpiden boleh betul :))))) moment paling best bila cikgu sejarah kau peluk kau ketat ketat punya bila dia bangga anak murid yang dia ajar dapat A+. dan kau rasa gila terharu cikgu peluk kau cemtu. dan itu yang aku rasa bila cikgu cakap, sini! cikgu nakk pelukkk . auww so touchh ! love you cikgu Nooranizah! antara cikgu yang paling lama kenal aku sejak dari form 1.
dan moment paling tak best bila orang cakap alah dia ambil subjek tambahan boleh ar dapat banyak A.. ahh kau pikir senang ke nak baca n hapal n paham betul betul setiap chapter? kau ingat senang sangat ke belajar tanpa ada guru yang membimbing.? kau igt senang kita baca je then terus dapat jawab? choiii mulut takdak insurans langsung---- semua tu mesti la kena kerah otak pastuh kena simpan setiap memori supaya tak lupa! dan jangan ingat kami ni menghapal buku tu nipis . tebal ko tahu. alhamdulillah berkat usaha kami nak amek subjek tambahan tu la yang membanyakkan A.
Tu laa aku ajak, tak mau pulak. pastuh banyak bunyi pulak. haisss kesian kami. kalau sorang je cakap takpa. ni 2,3,4,5 orang yang cakap. tu belum kira yang cakap dalam hati lagi tu. ish ish ish! dah dah dah.. sekarang nak nangis pun dah tak guna kawan kawan. redha je dengan sebarang keputusan kita ye? :)
perjalanan kita ni masih jauh lagi. tak semestinya kita gagal kat sini, pastu kita terus dalam kegagalan. kita kena bangkit la dari sini. bangun dan terus menuju kejayaan. tak perlu ditangis result yang dah berlalu tu.. kita fikir masa depan kita je sekarang nih. pastuh kau belajar betul betul dapat kan dean list. grad . dan dapatkan kerja yang boleh banggakan mak ayah ko.
pada aku kalau ko tak mampu nak jadi doktor, engineer, lawyer ke, cer kau try jadi manusia yang berusaha nak jadi yang terbaik dalam hidup kau. asal kau dapat banggakan mak ayah kau, balas jasa dorang balik, tebus kesilapam kau, sudah lah kan? paling penting---- pekerjaan yang kau dapat tu halal.
tak perlu ahh kau gah sangat dengan pekerjaan yang tingi income nyaa, tapi bila ditanya soal akhirat, kau terdiam terkaku. tak boleh jugak la kan. sebagai seorang muslim, kita kena ah seimbang dunia akhirat. biar kita berjaya dua dua. haaa baru ahh PERFECTO ! :)))) hehe
dan lagi satu tak guna jugak ahh kau belajar gila gila tapi amalan sunat, wajib apatah lagi berdoa minta pada Allah apa yang kau nak, kau tak buat!. jangan ... jangan sombong.. sebab Allah tak pernah sombong bagi apa yang kita nak. Apa salahnya, kita doa tadah tangan , dan bangun malam untuk buat solat tahajud ke solat sunat hajat ke.. mintak je direct kat Allah. jangan malu malu. jangan segan segan. sebab Allah suka hambanya meminta padaNYA.
**** ewahhh kau dila pandai pulak nasihatkan orang! hahaha****
okaylah, nanti aaa citer lagi. sebab rasa macam panjang sangat dan badan dah sengal sengal dok hadap lappy ni. hewhew. maafkan saya jika terkasar bahasa dan boleh mengguriskan hati mana mana pihak . emm tak berniat sebenarnya, tapi memang kalau awak tu salah, kita kena la tegur kan. supaya tak ulang balik kesilapan kita tu. maaf saya ni tidaklah seperfect anda. dan saya ni biasa biasa je. maaf sekali lagi.
dan kepada sesiapa yang sudi dan luangkan masa baca ini beloggg,terima kasih tak terhingga aku ucapkan. sebab anda dah tinggalkan jejak kaki anda. kahkah. syukran syukran ;)))
ikhlas, QA.
Jumpa lagi :D
0 comments