impian tercapai :)
09:10
hai Assalamualaikum :)
kabare? haha iolls waras jee----
dulu an aku selalu je dok perati orang kurang upaya dari jauh . sebenarnya aku malu dengan dorang. sebab entahlahh--- walaupun diorang ada kekurangan tapi kekurangan dorang tu tak pernah patahkan semangat dorang tuk berhenti berusaha.
sebagai contoh, dorang tak nampak, tapi dorang tetap setia bersama tongkat, terus berjalan mencari jalan yang ingin dituju. plus, dorang tak nampak, tak dengar tapi IQ level dorang kalah orang yang ada keupayaan atau dalam erti kata lain, sempurna fizikal dan mental.
hakikatnya--- mereka jauh sempurna fizikal dan mental. dan paling penting semangat yang dorang bawa tu sangat TINGGI !
aku bersyukur sebab dalam kolej aku, kebanyakan pelajar OKU ditempatkan di kolej kediaman ini. jadi, peluang yang aku tunggu selama ini akan terbuka bila bila masa. sebab dari dulu lagi, aku memang berhasrat untuk bantu mereka. mendalami apa yang mereka rasa. dan ingin sekali mendekati mereka supaya mereka tak rasa tersisih.
jadi, bila nak pergi cafe, akn ada banyak pelajar 0KU yang mundar mandir . semasa minggu suai kenal lagi kami telah didedahkan untuk bantu pelajar pelajar ini dengan cara yang betul. ye la kan.. kita nak tlg diorang, tapi kita tak tahu cane nak dekat n bgtahu kat dorang yang kita nak tlg.
sebenarnya penting tuk kita tahu cara yang betul tuk bantu dorang. kita tak boleh serbu dorang terus. main terjah terjah tu tak mao okay. haha terkezut kawan tu nanti. dan kita tak boleh main tarik je tongkat dorang pastuh tarik dorang guna tongkat.
cara yang betul adalah kita dekat dengan dorang pastuh kita kata lah yang kita nak bantu dan tanya kat dia nak gi mana. then, apa yang perlu anda buat adalah letak tangan dorang kat pergelangan siku kita atau di bahagian lengan tangan kita. pastuh barulah jalan slow slow. dan jgn lupa bgtahu dorang kalau ada longkang , bukit, batu kat depan dorang . hehe.
then, ada lah satu hari tu, FIRST TIME kut.. aku dengan beraninya terus gi kat dua orang pelajar OKU yang sedang jalan menuju ke kafe berpandukan tongkat yang mereka bawa. secara kebetulan aku lalu sebelah dorang and apalagi, aku pun bantu dorang..
perghh gembira tak terkata kut.... hahaha dulu asek tgk org lain je tlg sekarang diri sendiri pulak yang tlg. mula mula aku agak awkward la jugak sbb kena jadi pemandu arah. hehe. ''awak, depan ni ada bukit tau pastuh kanan ada palang''.. ''awak, okay tak?''... ''awak, nnti kekiri sikit tau''.
tapi aku rasa serba salah sebabnya aku terjalan laju sgt kot. pahtu salah satu daripada dorang tu terlanggar batu. byk kali jugak aku mintak maaf. tapi dia gitau aku.. ''takpe awak, saya okayy......'' hee. rasa serba salah sgt..okeoke takpe next time aku perbaiki balik silap aku ni.
bila dapat bantu tu mcm tak boleh nak luah. gitu. aku pulak rasa nak nangis bila bantu dorang. aku tak tahu semangat dorang tu datang dari mana. luar biasa sgt. even tak nampak tpi tak pernah mengeluh dgn kekurangan yang dia ada.
asal aku nampak je pelajar2 camni aku rasa hiba sangat. macam2 perasaan yang bercampur baur kat dalam hati. besar sungguh dugaan yang dorang lalui. tapi aku cemburu kat dorang sebab dorang termasuk dalam golongan ahli syurga. :')
tapi apa apapun aku bersyukur dengan apa yang aku miliki. aku bersyukur kerna aku lahir sempurna fizikal dan mental. semoga dengan apa yang Allah kurniakan ni aku dapat guna kearah kebaikan. aamiin. insyaAllah :)
oklah.. panjang lebar aku bebel. nanti kita sambung lagi okay.
adios. assalamualaikum :)
0 comments