cerita semalam

23:01




cerita mengenai semalam . . .
apa yang ku rasa tak sama seperti dahulu..
kerna bagiku waktu yang berlalu amat pantas.

dahulu kala kami berlima budak hingusan
dahulu kala kami bermain di pondok kecil..
dahulu kala kami bertepuk tampar, bergaduh,
bermasam muka itu sudah menjadi perkara biasa

tapi itu semua kenangan lalu
yang bagiku amat manis sekali
yang takkan aku rasa dan aku tempuh lagi
kerana yang hingusan itu telah berlalu pergi
lalu dewasa itu telah hadir dalam diri kami

cerita mengenai semalam
padaku semua hampir matang
tapi adakalanya pabila gila gila itu datang menyinggah
bahagia rasanya bila bersama

sekarang aku lihat semua tidak seperti dahulu
yang sama tinggi makin meninggi
yang rendah juga semakin meninggi
dan ada juga yang rendah dan tidak meninggi. hiks

tapi pada aku itu tidak jadi masalah kerana apa yang aku mahu
di mana kita semua gembira dan tidak ada satu pun yang rasa tersisih
atau tersinggung
sama ada melalui perkataan atau  perbuatan
kerana kita semua makin dewasa
dan sudah mengerti mana satu baik dan juga buruk

walaupun semalam hanya kita berempat
yang seorang tidak dapat bersama
ya,  tidak lengkap rasanya bila seorang tiada.
namun, kau tetap jua dihati kami.
mungkin kali ini tiada rezeki dan
barangkali ada rezeki kita bertemu lagi.

semoga kita sahabat sampai syurga. :)












You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images