It's u! (part I)

00:06



Assalamualaikum! hehe Ya Allah.. dah lama gila tak update beloggggggggg.
(*eley ayat tiap kali nak update pape kat blog mesti cemni kan. haha winkwink :p)

sebenarnyaaaa, banyak gila cerita sepanjang aku kat u ni, tapi saje je nak compilekan sekali semua nya dari sem 1 sampai sem 7 nanti. haha ni kira macam overall conclusion hidup aku sepanjang kat universiti yang aku tak tahu apa dan macam mana kesudahannya!  masih dipertengahan cerita. banyak gila aku nak kongsi. but i'll keep it later okehh. sabar tau :)

okey, so post kali ni aku nak buat post ala ala pre-dedication to ehem ehem. hekhek..
since dia rajin sangat baca belog kita ni tapi langsung takde perubahan or erti kata lain asyik post2 yg lama je yang setia kat blog ni. so, yeahh, kita updates kasi tambah sikit post yang terbaru khas tuk dia. huhuhu.

so, nak start dari yang mana ni? hahahaha

buat awak yang selalu tertunggu post yang terbaru dari kita.. okey, ni khas untuk awak ! hehe
sebenarnyakan jujur tak terlintas pun nak kenal awak dengan lebih dalam, dulu pandang awak pun, kita pandang gitu2 je... sebab ye lah kan mana taknya, kita tahulah sape kita ni. kita besye besye je, ramai lagi yang baik hati, cantik kat luar sana tu.. siapa je lah kita ni kan. huhu

tapi tak tahulah apa yang awak nampak kat kita sampai awak tetiba je nak approach kita lu. kita pun terkejut gak sampai tetiba dari cam stranger la kot bagi saya, smpai jadi somebody pada kita. hekhek. sebenarnya kenal awak ni, banyak yang kita lalui sama sama. maaf di awal perkenalan, satu persatu ujian yang awak lalui.

teringat lagi masa first2 kunun nak jumpa for the first time la kan ... tetiba something happened. ya Allah masa tu memang dah tak sedap hati sgt. tapi awak nak jugak jumpa kita, teman kita beli barang. kita bertolak dari umah akak kita n awak naik motor dari rumah awak. masa tu mmg kuatkan hati jugaklah walaupun hati cam tak sedap je dari rumah tdi. tapi tetap sedapkan hati jugak. doa banyak2 supaya awak selamat sampai. n kita dua selamat sampai.

awak sejenis yang memang punctual, tapi entah kenapa masa tu, awak lambat sangat sampai. masa tu kita tetap sedapkan hati kita bgtahu dlm hati yang nnti awak sampai jugak nanti. mungkin jalan sesak ke atau awak singgah mana2. masa tu kita dah sampai nu sentral kol 10:30. sebab kita janji nak jumpa time tu n siap janji pakai baju merah sesama. sob sob.

tapi awak lambat sangat sampai.. sampai kita tunggu dalam kol 11 cemtu, then kita decide kita beli brg dulu sbb mcm dah lambat n nnti kalau jumpa kejap pun jadilah.. takyah teman kita beli brg dah.. kita tggu smpai kol 11:30 cemtu.. kita kol tapi awak tak jawab. kita pun tanak lah kol banyak kali takut kacau awak bawak motor. sebab kita risau sangat kalau awak jawab time naik moto.

masa tu, Allah je tahu perasaan kita.. kita tunggu je kat depan kedai news tu takut awak tak nampak kita sebab janji nak jumpa situ tapi awak tak sampai sampai. tskkkk. T-T hati kita lagi lah makin tak sedap. sambil2 tu, kita nak hilangkan resah di hati, kita buat jalan2. kehulu kehilir. kebetulan masa tu ada tempat duduk kosong depan mcD, so kita pun duduk jap tunggu awak lagi....mata ni melilau lilau carik kalau awak lalu kat situ. tapi awak takde pun! :(

tiba tiba--------

kita dapat kol dari awak! masa tu lega gila dapat dengar suara awak! nak marah tak jadi nak marah tau sebab kita risau gila. tapi suara kita, kita wat besye2 je taknak tunjuk kita over risau kat awak! tapi tah kenapa masa tu awak kata maaf kat saya.. and awak cakap maaf sebab awak accident n awak lambat n tak dapat dtg jumpa kita. Allah.. luluh jantung kita tahu.

tak tahu nak react cemana. rasa cam nak nagis kat situ sebab kita mmg fikir bkn2 je dri rumah lagi and tup tup mmg jadi betul kat awak. masa tu kita cuba nk dgr dri awak yg semua ni tak betul. and awak main2 je..  awak kata, kalau kita nak balik dulu pun boleh, kalau nak lawat awak kat hospital pun boleh..

takkan lah saya tergamak nak tggalkan awk sensorang kat hospital. kit janji nak jumpa kan? :'( masa tu cam lemah je kaki nak melangkah. saya teruskan je berjalan tapi masa tu fikiran kosong gila. rasa cam ikut je kaki ni melangkah ke mana. lepas awak call, kita terus naik lrt dri kl sentral ke lrt u. tah kenapa rasa cam perjalanan tu cepat je, lrt cepat smpai, uber ada promo n cepat je smpai. takde lah tggu lama lama.

pastuh naik uber sampai la ke ppum...awak kata awak kat bahagian emergency.. masa tu lagi lah Allah.. teruk sangat ke awak smpai masuk emergency? sob sobs..lagilah berat kaki nak melangkah.. tapi masa tu kita carik koop kat area hospital beli nasi lemak ngan air tuk awak. takut awak lapar :'(

masuk je bahagian emergency, tetiba ada sorg laki singh dtg  tanya kita, ''kawan u ke yg accident tdi? dia ada kat dlm..n dia sempat say sorry sbb dia yg langgar awk ..tskkk tskk'' rasa cam nak marah je dia . apasal dia langgar awak? tapi kita sabar je ..  dia suruh kita masuk kat bilik ni... dah lah zon merah, zon kritikal..T-T

kita pun jalan je terus sambil dia tunjuk tempat awak.. Allah...lagi sekali, kaki makin lemah tengok awak. dengan darah banyak kat muka, kepala berbalut, leher kena balut bagai kaki awak badan awak semua nmpak cam kaku keras kat atas katil tu. awak nampak lemah sgt time tuu.. mungkin awk trauma lagi kot sbb bende baru je jadi kan..kita suruh awak pejam mata, and tidur biar rehat tenangkan fikiran... awak pun tutup mata.. tak lama pun.. dalam 5 minit je. pastuh awak bukak balik mata. awak kata awak nak tgk je kita lama lama ...sedih tau tengok awak cemtu. rasa cam kita punca awak jdi cemtu. T-T

Awak tgk je kita time tuu, tak berkelip. kita tanya awak, ''nape tgk cemtu?'' pastuh awak kata ,''sebab kat kelas tak boleh tgk awak lelama cam ni ''. adudud malu tahu. pastuh awak suruh kita amik beg awak kat bawah katil.. kita pun ambil beg awak tu. then , awak suruh amik baju awak dalam beg tu.. kita pun carik lah baju yang awk minta tu.. pelik gak.. igtkan awk nk pakai. rupanya awk nak bagi baju marathon awak kat kita :')

baik nya awak nak bagi baju awakk.. kita tak mampu nak tolak, sebab kita tak boleh tgk keadaan awk cemtu. tak smpai hati nak tolak, but percayalah kita suka baju yang awak bagi kat kita tuu.. it means a lot for me. walaupun sy tahu awk mmg baik hati suka bg baju aawk kat kwn2 awk yg lain kan? :) tpi baju2 yang awak bagi kat sy mmg sy akn jaga dia elok elok. dont worry okey :)

masa tu sebak, terharu, seribu satu perasaan campur baur, nak nanges pun ada.. dah lah awak tgh sakit boleh lak igt nak bg baju2 tu kat saya kan?mcm nnti2 tak boleh bagi... sobb sobb T-T.. then, tetiba ada doktor laki yg jaga kat situ tetiba tanya, ni wife ke? bahahaha lawak tol. tak nmpak ke muka kita cam dak2 sekolah.. dah lah kita pendek.. boleh lak dia kata kita dah kawen :') haha!

doktor tu kata, kening awak kena jahit sebab terkoyak... adudud sakitnyaaaa.. kita dgr pun ngiluuu.. lepas awak dah kena jahit semua tu, awk kena pindah kat wad lain... masa tu, kita tlg lap kan darah kat mulut awak sebab awak kata awk haus. nk minum.. masa lap tu, awak pandang je kita. pastuh kita suapkan awak makan nasi lemak, awak tgk je kita sambil makan.

ya Allah malu tahu. adudududu. masa lap mulut awak ngan tisu tu, amboi kemain dup dap dup dap je jantung ni. laju kemain.dah ler mata awk tak kelip pun..duk tenung je kitaa..kita pun masa tu pandang je bwh sbb malu. mungkin makin jatuh hati , jatuh sayang lagi kat awk. kahkah wekkkkkk. :P

then, keadaan awak pun makin beransur pulih... awak kena tukar lagi kat wad biasa.. masa tu, kita teman awak.. time tuu, awk tak byk sgt ckp tpi awk byk tenung kita, say thank u n kata kalau sy takde teman awk, mesti awk sensorg kat hospital :( tak tergamak kita nak tggalkan awk sensorg kat situ tau! then, kita borak... rasanya borak secara face to face yg agak lama la jugak. mana tak nya, kat kls bila awak nk approach kita, kita suka lari lari. maaf ye .. hehe.

pastuh, awak kata kawan awak nk dtg lawat awak. kawan awk tu, kwn sy gak >_< huhu.. taknak kantoi punya pasal, sy terpaksa balik dulu.. ye lah ti kantoi tak best la cite ni nnti kan? cam cepat sangad ... huahua. masa nak tggalkan awk tu, rasa sedih je.. rasa nak teman awak smpai awak discharge..tapi xpelah.. nasib baik ada kwn2 awk yg baik.. yg sudi lawat awak, teman awk smpai awak keluar hospital..

saya pun balik dengan kaki yg berat nak langkah.. tapi takpe saya percaya ada hikmah semua ni berlaku.. sy nak susah senang kita lalui sama sama okeh ? hikss

sebenarnya, banyak lagi cerita nak kongsi. tapi ni baru part 1, nnti kita cerita lagi okehh part2 yg seterusnyaaa..huhu sabar eh :)

tu lah, nak jumpa kat nu sentral. sekali trus dating kat hospital kenangan betul.!huhu


okeeee...
To be continued.........hehe

time ni aku dok sibuk taip, org teww baru sampai border. wuuu beshnya holiday kat singapore!
have fun awaaaa huhu :)

adiossss,
assalamualaikum :)









You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images