Bukan niat aku untuk menyakitkan hati sesiapa,
Bukan niat aku untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja,
Bukan niat aku untuk membuat kau terasa dan terguris.
Dan bukan niat aku untuk kau berprasangka buruk.
Siapalah aku untuk mempersoal mengapa dan bagaimana,
Siapalah aku untuk mempersoal siapa aku pada kau,
Siapalah aku untuk mempersoal layaknya aku dimata kau,
Siapalah aku untuk mempersoal hati kau bagaimana pula.
Suatu penantian yang buat aku rasa sangsi,
Suatu penantian yang buat aku rasa tertanya tanya,
Suatu penantian yang buat aku rasa terkadang kecewa dan bahagia,
Suatu penantian yang boleh kata penuh misteri.
Patutkah aku memulakan dan aku yang mengakhirkan?
Patutkah aku memulakan dan kau yang mengakhirkan?
Patutkah kau memulakan dan kau yang mengakhirkan?
Patutkah kau memulakan dan aku yang mengakhirkan?
Tapi aku tetap aku,
Aku kena jadi diri sendiri,
Aku dah lama nak tanya,
Jadi untuk ini aku turunkan ego aku.
Siapa aku pada kau ?
selamat malam. Assalamualaikum.
*tiada kena mengena dgn sesiapa*
hanya terluah dari hati ini sahaja.