Hilang
00:42
Cuma tiap kali aku ingin menulis,
Waktu itu juga aku akan terhenti.
Seolah olah aku tiada arah tuju dan
buntu untuk menulis apa yang ku pendam.
Ya--- seperti sekarang.
Tadi seperti banyak yang ingin ku luah,
Tapi kenapa bila aku mahu mula bercerita,
Jari jari seakan terkaku keras membisu,
Fikiranku jadi hilang , diawang-awangan.
Mungkin aku harus simpan,
dan tak perlu dikongsikan.
Jangan risau---
Ada benda yang perlu dikongsi
dan ada benda yang perlu kita simpan.
Masih banyak cerita yang inginku kongsikan.
Tapi bukan untuk kali ini.
Bukan ---
Sampai kita berjumpa lagi,
Sehingga aku betul betul jumpa
apa yang aku cari selama ini.
0 comments